Haji
Rabu, 7 Ogos 2019
Waris kepada Allahyarhamah Bidah binti Samat, jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci pada 05 Ogos lalu telah menerima kunjungan ziarah daripada wakil pejabat TH Negeri Kelantan , bertempat di kediaman keluarga Allahyarhamah di Taman Kobena Pasir Puteh,.
Dalam majlis ringkas tersebut, Timbalan Pengarah TH Kelantan, Tuan Haji Ashrof Shamsuddin telah menyerahkan wang khairat kematian berjumlah RM 1,500.00 berserta air zam-zam. Majlis tersebut diakhiri dengan tahlil dan sesi ramah mesra bersama waris Allahyarhamah.