Haji
Khamis, 22 Ogos 2019
TH Negeri Terengganu hari ini menziarahi waris Allahyarham Deraman @ Aripin bin Mamat, 73 tahun yang meninggal dunia di Makkah pada 21 Ogos lalu, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di No A-93, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.
Dalam majlis tersebut, Tuan Haji Nizan Johar bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah TH Negeri Terengganu telah menyerahkan wang khairat kematian dan pemberian cenderahati berupa air zamzam. Majlis tersebut diakhiri dengan tahlil dan ramah mesra bersama waris Allahyarham.