Haji
Ahad, 4 Ogos 2019
Lembaga Tabung Haji hari ini menganjurkan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M di Dewan Mentari, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.
Majlis ini disempurnakan oleh YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia serta isteri dan turut dihadiri oleh YB. Dato' Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta isteri, YB. Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi serta isteri, YBhg. Dato' Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan Ketua-ketua Agensi yang terlibat dengan operasi haji.
Seramai 478 orang jemaah haji diraikan oleh Perdana Menteri pada majlis tersebut.