Haji
Isnin, 5 Ogos 2019
Wakil-wakil pejabat TH Negeri Johor pada hari ini melaksanakan Program Ziarah waris Allahyarham Moksem bin Ahmad, jemaah haji yang berlepas melalui penerbangan KT11J yang meninggal di Tanah Suci Makkah, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Parit Terus Sanglang, Pontian.
Sesi ziarah ini bertujuan bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH terhadap kelaurga Allahyarham yang telah kehilangan orang yang tersayang. Dalam majlis ringkas tersebut, Timbalan Pengarah TH Negeri Johor, Mustafa Kamal Abdul Latif telah menyerahkan wang khairat kematian berjumlah RM 1,500.00 dan cenderahati berupa air zam-zam. Majlis tersebut diakhiri dengan tahlil dan sesi ramah mesra bersama waris Allahyarham.