TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI SELANGOR MELALUI PROJEK EHSAN TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM130,000 kepada 260 individu dari Selangor di bawah Program Ehsan TH sempena Ramadan 1435H/2014M.
YBhg. Tan Sri Dato' Hashim Meon, Ahli Lembaga Pengarah TH, menyerahkan sumbangan tersebut di Dewan Melawati, TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor.
Penerima terdiri dari ibu dan bapa tunggal, warga emas, orang kurang upaya, dan juga termasuk lapan (8) orang asnaf yang telah terpilih untuk menerima sumbangan Projek Baiti di Negeri Selangor.