Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Kursus Pengukuhan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) bagi Musim Haji 1434H / 2013 yang diadakan di Nilai Springs Resort, Negeri Sembilan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abd Rahman dan Barisan Pengurusan Kanan TH.