TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2012 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak yang berjumlah RM2,923,240.01 di Dewan Auditorium Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Zakat Perniagaan TH Negeri Perak telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.