Korporat
TH Terima Anugerah DBKL
PANTAI DALAM, 30 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima pengiktirafan Anugerah Khas Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pencahayaan Bangunan bagi kategori Bangunan Ikonik.
Hj Mohd Auzir Zakri, Ketua Pegawai Hartanah TH telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Sr. Haji Kamaruzaman Mat Salleh.
TH TERIMA LEBIH RM10 JUTA SUMBANGAN SAHABAT KORPORAT
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan Sahabat Korporat TH bagi meraikan badan, agensi serta syarikat korporat dan swasta yang menyertai program ini untuk Musim Haji 2014M/1435H, di Dewan Besar, Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
TH TERIMA SIJIL KETUA AUDIT NEGARA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan TH 2016 daripada YBhg Tan Sri Dr. Ketua Audit Negara semasa sesi mesyuarat Exit Conference untuk Penyata Kewangan TH 2016 di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Audit Negara.