Korporat
TH, Bangi Gateway Medical & Medic IG Holdings Meterai Perjanjian Jual Beli Hartanah Bernilai RM135 Juta
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menandatangani perjanjian jual beli hartanah bernilai RM135 juta dengan Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Medic IG Holdings Sdn Bhd. Perjanjian yang dimeterai ini merupakan salah satu daripada pelaburan strategik TH dalam sektor hartanah.
Perjanjian jual beli dan pajakan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH; YBhg. Dato’ A. Rahman Safar, Pengarah Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Encik Mohd Adam Mohd Said, Pengerusi Medic IG Holdings Sdn Bhd.
TH, Dana Kita Lancar Program Sinar Baru Cipta Usahawan Jahitan
KUALA LUMPUR, 22 MAC 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pertubuhan Dana Kita, sebuah badan bukan kerajaan, telah melancarkan Program Sinar Baru yang bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
Selari dengan matlamat ini, Bengkel Pengurusan Jahitan Program Sinar Baru TH- Dana Kita akan dianjurkan secara percuma kepada 50 peserta terpilih daripada golongan asnaf.
THiJARI 2.0 Dilancarkan Bagi Kemudahan Pendeposit Dan Jemaah Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 semasa Majlis Lebaran Aidilfitri bersama Anggota-anggota di Bangunan TH, Jalan Tun Razak.
Menyedari jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang dijangka mencecah sehingga 17.8 juta pada penghujung tahun 2017 (mengikut kajian laman web Statista), TH terus mengorak langkah dengan menambahbaik aplikasi THiJARInya yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan interaktif atas talian tanpa sempadan, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
THRIVE
Apakah itu THRIVE?
THRIVE lebih mudah dikenali dengan maksud pembangunan atau pembinaan. Perkataan TH pada THRIVE merujuk pada nama Tabung Haji itu sendiri, iaitu
pemilik atau tunjang utama yang menjalankan projek THRIVE ini.
THRIVE adalah satu hab usahawan dan merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tabung Haji. THRIVE bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang dan mengujudkan peluang pekerjaan dengan menyediakan ruang pejabat yang lengkap tanpa kos.
Tinjauan Operasi Oleh PUK/KPE Ke Pejabat Negeri TH
Kedah,19 Januari 2019-Satu lawatan kerja oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) TH ke TH Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Januari 2020 yang lalu bagi meninjau operasi sambil berkenalan lebih rapat dengan anggota cawangan.
Pada sesi tersebut, PUK/KPE TH turut bertemu serta bertukar pendapat bersama YBhg. Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang, Mufti Negeri Kedah.