Korporat
Isnin, 22 November 2021
SABAH, 19 November 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1,988,927.04 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia Petrajaya.
Serahan zakat disampaikan oleh Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, YBhg Datin Hajah Nurlaila binti Haji Said kepada YDP Majlis Islam Sarawak, YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha. Majlis disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.
Semoga zakat ini dapat memberi manfaat dan membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi golongan asnaf di negeri Sarawak.