Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyempurnakan siri jelajah pembayaran zakat perniagaannya di Pahang dengan penyerahan zakat berjumlah RM2,783,337.15, dalam satu majlis di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Zakat perniagaan tersebut telah dipersembahkan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang telah berkenan menerima bagi pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). TH amat berbesar hati dengan kesudian DYMM Sultan Pahang yang telah berkenan menerima zakat tersebut sebagai penutup kepada siri jelajah penyerahan zakat perniagaannya bagi tahun 2014.