Zakat TH Sebanyak RM7.03 Juta Bantu Asnaf Negeri Perak
IPOH, 7 Mei 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,036,598.40 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis bertempat di Istana Kinta, Ipoh, Perak.