Korporat
Selasa, 11 Mac 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM978,156.25 bagi tahun 2013 kepada Pusat Zakat Sabah, dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Sabah tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding RM848,899.59 pada 2012. Peningkatan peratusan ini merupakan yang kedua tertinggi selepas Wilayah Persekutuan (18 peratus) bagi tahun 2013.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah.