Balai Berita

2019

November 2019

November 15

15 November 2019 Keratan Akhbar |
Berita Harian Premium RM10.3b pulihkan TH


November 15

15 November 2019 Keratan Akhbar |
New Straits TImes UJSB: Higher losses if TH asset value depreciates further


November 12

12 November 2019 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Iqra’ TH Sumbang RM5 Juta Dana Zakat Bantu Pelajar Asnaf

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra’ TH tahun 2019 kepada para pelajar berstatus asnaf yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Program ACCA (Association of Chartered Certified Accountants). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

12 November 2019 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra' TH 2019

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra’ TH tahun 2019 kepada para pelajar berstatus asnaf yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Program ACCA (Association of Chartered Certified Accountants).

9 November 2019 Berita | Korporat
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019

Tabung Haji (TH) telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1441H/2019M Peringkat Kebangsaan di Stadium Axiata Bukit Jalil. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tema sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini adalah “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”.  

8 November 2019 Berita | Korporat
Majlis Penutup Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji 1440H

YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan Majlis Penutup Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji 1440H yang berlangsung sejak 3 hari lalu bermula 6 November 2019 bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

November 05

5 November 2019 Kenyataan Akhbar | Haji
Program Sahabat Korporat TH Salur Sumbangan RM9.4 Juta Kepada Jemaah Haji 1440H|2018M

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini  mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji & Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat , syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan yang telah menyumbang kepada jemaah haji musim 1440H|2019M yang lalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH bertempat di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur. 

5 November 2019 Berita | Korporat
Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1440H/2019M TH

Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1440H/2019M  di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH.

4 November 2019 Berita | Korporat
TH Menerima Anugerah Pembekal Data Terbaik, NAPIC

Pada hari ini Tabung Haji (TH) telah menerima Anugerah Pembekal Data Terbaik, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi kawasan Lembah Klang.

November 04

4 November 2019 Kenyataan Akhbar | Pelaburan
TH Terus Perkukuh Portfolio Pelaburan Strategik Melalui Anak-Anak Syarikat

KUALA LUMPUR, 4 November 2019 - Lembaga Tabung Haji (TH) terus memainkan peranan yang aktif di dalam ekonomi negara melalui portfolio pelaburan termasuklah pelaburan secara langsung menerusi anak-anak syarikatnya dan hartanah.