Korporat
Selasa, 5 November 2019
Kuala Lumpur, 5 November 2019 – Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1440H/2019M di Dewan Besar, Menara TH Tun Razak yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH.
Majlis ini diadakan bagi meraikan 28 organisasi korporat dan swasta yang merupakan Sahabat Korporat TH dan 36 agensi-agensi luar yang telah menjayakan operasi haji Tanah Air dan Tanah Suci pada tahun ini.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH dan Mr. Fareed Abdulrahman Alkhazim, Counselor Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi ke Malaysia.