Korporat
Isnin, 4 November 2019
Pada hari ini Tabung Haji (TH) telah menerima Anugerah Pembekal Data Terbaik, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) bagi kawasan Lembah Klang.
Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Yang Berhormat Dato' Haji Amiruddin Haji Hamzah di Dewan Jubli, Institut Penilai Negara (INSPEN).
TH diwakili oleh Pengurus Besar Seksyen Pelaburan Hartanah dan Penyewaan, YBhg. Dato Redhuan Sabaruddin.