Balai Berita

2025

Mac 2025

21 Mac 2025 Berita | Simpanan
TH Umum Agihan Keuntungan RM2.92 Bilion (3.25%) Setelah Zakat Dilunaskan, Manfaatkan 9.54 Juta Pendeposit

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH), institusi pengurusan ibadat haji jemaah Malaysia, mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 pada kadar 3.25 peratus melibatkan jumlah sebanyak RM2.92 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH. Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus (RM99.35 juta). 

Februari 2025

Februari 27

27 Februari 2025 Kenyataan Akhbar | Haji
Kerjasama Strategik TH Bersama Malaysia Airlines Diteruskan Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menandatangani Perjanjian Penerbangan Haji selama lima tahun bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan carter haji bermula musim haji 1446H sehingga 1450H (2025-2029).

25 Februari 2025 Berita | Haji
Program Pengukuhan Petugas Haji Musim Haji 1446H/2025M

ALOR GAJAH, 24 FEBRUARI 2025 - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah merasmikan Program Pengukuhan Petugas Haji di Kem Permata Resort Alor Gajah, hari ini.

Februari 20

20 Februari 2025 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Pendeposit Berpeluang Mendapatkan Perlindungan Takaful TH Khairat Sehingga RM48,000

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2025: Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada para pendeposit untuk mendapatkan perlindungan Takaful berganda sehingga RM48,000 melalui pendaftaran dua sijil perlindungan TH Khairat dengan setiap pengendali Takaful yang dilantik.

Februari 15

15 Februari 2025 Kenyataan Akhbar | Haji
Vaksinasi COVID-19 Tersedia Untuk Jemaah Haji 1446H/2025M

KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan suntikan Vaksin Covid-19 bagi kumpulan sasar bakal haji untuk musim 1446H/2025M boleh mula diperolehi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara bermula 17 Februari 2025. TH turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan kerana berjaya memperoleh bekalan vaksin COVID-19 untuk manfaat bakal haji.

14 Februari 2025 Berita | Haji
TH Memeterai Perjanjian Bersama Syarikat Penerbangan Saudia Airlines

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah memeterai perjanjian bersama syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji negara ke Tanah Suci dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini 2025 sehingga 2029 bagi memberikan perkhidmatan haji terbaik kepada Jemaah Haji Malaysia.

Februari 14

14 Februari 2025 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Memeterai Perjanjian Lima Tahun dengan Saudia Airlines

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah memeterai perjanjian bersama syarikat penerbangan Saudia Airlines (Saudia) bagi menyediakan penerbangan sewa khas untuk membawa jemaah haji negara ke tanah suci untuk tempoh lima tahun bermula 2025 sehingga 2029.

Februari 07

7 Februari 2025 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Saran Guna Syarikat PJH Berlesen Elak Penipuan

KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2025 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan bakal haji rakyat Malaysia yang memperolehi Visa Furada atau Visa Mujamalah menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan oleh TH.

Januari 2025

Januari 27

27 Januari 2025 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang Dana RM500,000 dan Van Jenazah untuk Warga Sabah

Kuala Lumpur, 27 Januari 2025: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan sumbangan dana sebanyak RM500,000 bagi membaik pulih Masjid Maqbul di Kampung Pulau Mabul, Semporna dan sebuah van jenazah kepada Masjid Al Falah, Kampung Pasir Putih Baru, Tawau menerusi dua program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH.