
KUALA LUMPUR, 14 Februari 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah memeterai perjanjian bersama syarikat penerbangan Saudia Airlines bagi menyediakan penerbangan sewa khas yang akan membawa jemaah haji negara ke Tanah Suci dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini 2025 sehingga 2029 bagi memberikan perkhidmatan haji terbaik kepada Jemaah Haji Malaysia.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Jabatan Haji TH, bersama Amer G Alghamdi, Pengurus Besar, Pengurusan Hasil dan Jualan Saudia disaksikan oleh YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Semoga usaha ini akan memberi kemudahan dan lebih keselesaan kepada para Tetamu Allah SWT yang disantuni TH.
