PENERBANGAN BALIK HAJI TERAKHIR 1435H TIBA DI KLIA
Penerbangan terakhir Haji telah selamat tiba di Tanah Air pada jam 5.38 pagi hari ini.
Penerbangan terus kapal Malaysia Airlines MH8277 yang membawa 264 jemaah ini bertolak dari Lapangan Terbang Prince Mohammed, Madinah pada Khamis, 6 November 2014, jam 4.40 petang (waktu Saudi), dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, 7 November 2014.
YB. Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta pihak pengurusan TH turut hadir menyambut ketibaan para jemaah haji tersebut.