Penerbangan terakhir Haji telah selamat tiba di Tanah Air pada jam 5.38 pagi hari ini.
Penerbangan terus kapal Malaysia Airlines MH8277 yang membawa 264 jemaah ini bertolak dari Lapangan Terbang Prince Mohammed, Madinah pada Khamis, 6 November 2014, jam 4.40 petang (waktu Saudi), dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, 7 November 2014.
YB. Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta pihak pengurusan TH turut hadir menyambut ketibaan para jemaah haji tersebut.
YB Dato' Sri Abdul Azeez turut melahirkan rasa syukur kerana Operasi Haji 1435H telah berakhir dengan baik. Beliau turut berasa lega kerana para Jemaah Haji Negara telah berjaya melaksanakan ibadah Haji mereka dengan baik walaupun dalam suasana sesak dan cuaca panas. Beliau menasihatkan para Jemaah untuk terus menjaga kesihatan mereka sekembalinya ke Tanah Air.
PENERBANGAN BALIK HAJI TERAKHIR 1435H TIBA DI KLIA
Korporat
Jumaat, 7 November 2014