PENGERUSI ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM AB KHALID MD YUSOF
Yang Berhormat Dato' Sri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini mengadakan lawatan dan menziarahi keluarga Allahyarham Ab Khalid Bin Md Yusof, 59, di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Allahyarham Ab Khalid dilaporkan telah meninggal dunia pada 16 September 2014 jam 6.30 petang (waktu Saudi) akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham telah diuruskan oleh para petugas TH di Makkah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek di Makkah.