SERI KEMBANGAN : Jumaat, 25 Oktober 2013: Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menziarahi keluarga Allayarhamah Saodah Binti Mat Isa, 92 di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
Allayarhamah Saodah Binti Mat Isa merupakan jemaah haji ke-15 negara ini yang telah meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji 1434H. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada Selasa, 22 Oktober 2013 jam 9.45 malam (waktu Saudi) akibat serangan angin ahmar / strok di Hospital Hira’, Makkah. Jenazah Allayarhamah Saodah Binti Mat Isa telah diuruskan oleh para petugas TH di Makkah dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek.
Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kenyataannya yang mewakili seluruh warga kerja TH merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allayarhamah Masitah Mohamed Noor. Beliau berharap semoga seluruh keluarga terutamanya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan kehilangan insan tercinta. Beliau juga turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Dalam lawatan yang sama, Yang Berhormat Dato’ Azeez juga telah menyerahkan bantuan khairat kematian sumbangan TH kepada waris Allahyarhamah.
Turut serta dalam program ziarah ini adalah para pegawai serta kakitangan TH khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.
-Tamat-