Simpanan
Hibah Tahunan TH 2018
TH hari ini mengumumkan agihan Hibah Tahunan 2018 sebanyak 1.25 peratus yang melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit tahun 2018.
Kad Debit-i TH
Kad Debit-i TH adalah hasil daripada kerjasama Co-Brand antara TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai satu alternatif kepada Jemaah Haji/Pendeposit untuk membuat pengeluaran wang semasa di Tanah Suci. Tujuan utama Kad Debit-i TH ini adalah untuk membolehkan Jemaah Haji/Pendeposit melakukan transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci secara percuma semasa musim Haji. Dengan Kad Debit-i TH juga, Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM di Malaysia dan Luar Negara.