Simpanan
Jumaat, 5 April 2019
TH hari ini mengumumkan agihan Hibah Tahunan 2018 sebanyak 1.25 peratus yang melibatkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit tahun 2018.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, di Kompleks Islam Putrajaya. Turut hadir pada majlis pengumuman tersebut ialah YB Puan Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di JPM, YBhg Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH, YBhg Dato’ Sri Zukri, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, anggota Lembaga TH serta barisan Pengurusan TH.
Dato’ Sri Zukri turut memberi taklimat ringkas berkaitan prestasi kewangan TH selepas pengumuman hibah dibuat.
Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah Tahunan TH 2018 bermula Isnin, 8 April 2019.