Korporat
Rabu, 6 Julai 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji untuk bakal-bakal jemaah haji bermula 15 Julai sehingga 31 Julai 2016.
Kursus Perdana Haji diadakan di seluruh negara ini merupakan kursus terakhir yang ditawarkan kepada jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Beberapa buah negeri yang telah melaksanakan kursus ini pada 15 sehingga 17 Julai adalah seperti berikut:
- Kelantan, dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
- Wilayah Persekutuan, dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Seri Khairuddin bin Samad (Ahli Dewan Negara)
- Pulau Pinang, dirasmikan oleh TYT. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas (Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang)
- Sabah (Pantai Barat), dirasmikan oleh YB. Datuk Haji Syed Abas Syed Ali (DUN Speaker)
- Sarawak (Zon Tengah - Sarikei, Sibu& Mukah), dirasmikan oleh YBhg. Temenggong Datuk Haji Wan Hamid Edruce Bin Tuanku Mohamad
- Sarawak (Zon Utara - Limbang, Miri & Bintulu), dirasmikan oleh YB. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail (Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Negeri Sarawak
Kursus selama 2 hari 1 malam ini memberi pendedahan kepada amalan berbentuk praktikal seperti tawaf, sa’ie, mabit dan melontar Jamrah.
Kursus ini juga adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH dalam memastikan persediaan jemaah menghadapi isu-isu berbangkit