TH Sabah telah mengadakan Majlis Serahan Sumbangan Katil Elektronik ICU kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Tuan Haji Idris Bin Ahmad di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth 2 pada hari ini, Jumaat 28 Januari 2022.
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Wilayah TH Sabah dan Sarawak, Datin Hajah Nurlaila Binti Hj Said. Turut hadir pada majlis ini untuk menerima replika cek Program A’fiat TH ialah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin.
JKNS telah menerima 4 (empat) buah katil Elektronik ICU yang akan diagihkan ke HQE 2 dan Hospital Keningau.
Majlis ini turut dihadiri Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah, YB Datuk Hj Mohd Arifin Bin Hj Mohd Arif; Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Dato Dr Sirajuddin Bin Suhaimee; Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Hj Norjeli Bin Hj Dais; Pengarah TH Negeri Sabah, Hj Yusdi Bin Hj Nasip; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Abd Kahar Abd Asis; Ketua-Ketua Agensi Islam Negeri dan Persekutuan, Pengarah-Pengarah Hospital sekitar Kota Kinabalu.