Majlis Pelancaran THiJARI Dan Kempen #simpandaftar&menang
KUALA LUMPUR, 5 Februari 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan platform laman perkhidmatan digital terbaharu untuk para pendeposit – “THiJari” yang mula beroperasi pada hari ini.
Laman web THiJARI ini merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.