Corporate
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PAHANG TAHUN 2011
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji telah menyerahkan cek zakat perniagaan TH Pahang berjumlah RM2,275,836.17 kepada Duli Teramat Mulia, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PERLIS TAHUN 2011
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Perlis sebanyak 501,371.88 daripada Tuan Haji Mohd Yasin Tahir, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat TH. Majlis penyerahan itu diadakan di Istana Arau, Perlis.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SARAWAK TAHUN 2011
Majlis penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Sarawak telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Petra Jaya, Sarawak. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi THtelah menyerahkan cek zakat sebanyak RM787,518.85 kepada YAB Pehin Sri Haji Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SELANGOR TAHUN 2011
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan THNegeri Selangor bagi tahun 2011 telah dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Sultan Selangor. Baginda telah berkenan menerima cek sebanyak RM10,129,429 daripada YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, Selangor.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011
Majlis Penyerahan Zakat PerniagaanTH Negeri Sembilan telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau telah menerima cek berjumlah RM1,493,055.94 daripada YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Klana Resort, Negeri Sembilan.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH PULAU PINANG TAHUN 2011
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan THPulau Pinang tahun 2011 telah diadakan di Seri Mutiara. TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang telah menerima cek zakat perniagaan TH daripada Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi sebanyak RM1,611,467.34.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH TERENGGANU TAHUN 2011
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Terengganu. Baginda menerima cek zakat sebanyak RM3,132,148.54 daripada YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH di Istana Maziah, Terengganu.
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KHIDMAT KEWANGAN ISLAM (IFIC)
Majlis Perasmian Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) Menara TH, Jalan Ayer Molek, JB pada hari Isnin, 9 Januari 2012.