KUALA LUMPUR, 5 Februari 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan platform laman perkhidmatan digital terbaharu untuk para pendeposit – “THiJari” yang mula beroperasi pada hari ini.
Laman web THiJARI ini merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.
Pada majlis itu juga, TH memperkenalkan Kempen #simpandaftar&menang yang bertujuan untuk menarik minat orang ramai terutamanya para pendeposit untuk menyimpan dan juga menambah simpanan mereka selain mendaftar haji.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Turut hadir ialah Pengurusan Kanan TH, anak syarikat dan anggota TH.