Korporat
Sabtu, 17 Jun 2017
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli ke Majlis Pengurniaan Zakat dan Santapan Berbuka Puasa bersama-sama anak-anak yatim/tahfiz asnaf dibawah kelolaan TH di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim.
Pengurniaan zakat berjumlah RM90,000 (RM150 seorang) kepada 600 anak-anak yang berumur 10 -17 tahun dari sekitar Lembah Kelang. Majlis yang dianjurkan julung-julung kali di Istana Negara ini atas keprihatinan KDYMM SPB Tuanku Agong terhadap kebajikan anak-anak yatim/tahfiz asnaf.
Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah TH, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ahli Jawatankuasa PERKAYATIM, Pengurusan Kanan serta anggota TH.