Korporat
Rabu, 7 Disember 2022
Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 - YBhg. Dato' Sri Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyempurnakan Majlis Penutup Musabaqah Al-Quran Peringkat TH 1444H/2022M dan seterusnya melancarkan Modul Tafhim Qiraah TH.
Peserta Qari dari Wilayah Persekutuan, Haji Mohd Amin bin Kamarudin dan peserta Qariah Perak, Hajah Nor Syahidah Ismail telah menjadi Johan Qari dan Qariah bagi tahun ini dengan membawa pulang wang tunai, sijil dan hadiah iringan.
Seramai 27 anggota TH dari seluruh negeri menyertai Musabaqah pada kali ini.