KUALA LUMPUR, 22 MAC 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pertubuhan Dana Kita, sebuah badan bukan kerajaan, telah melancarkan Program Sinar Baru yang bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
Selari dengan matlamat ini, Bengkel Pengurusan Jahitan Program Sinar Baru TH- Dana Kita akan dianjurkan secara percuma kepada 50 peserta terpilih daripada golongan asnaf.
“Program Sinar Baru ini merupakan satu usaha yang amat baik dengan hasrat untuk membantu memberi kemahiran asas kepada para asnaf supaya mereka dapat berdikari seterusnya menjadi usahawan, hasil ilmu daripada kemahiran yang telah dipelajari,”kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Turut hadir pada majlis pelancaran hari ini di Menara TH adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Datuk Ahmad Marzuk Shaary, Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Hj Mohamed Ameen Abdul Wahab, serta wakil peserta program Sinar Baru.