Korporat
KEJOHANAN FUTSAL ANJURAN KELAB TAHA & TAHA@U DENGAN KERJASAMA BERITA HARIAN
Pasukan MAC FC dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam berjaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Futsal Kelab TaHa dan TaHa@U buat kali kedua selepas menewaskan Kotsal FC. Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penyertaan. Bagi kategori Kelab TaHa pula dimenangi pasukan Court Soccer yang mengalahkan pasukan Qaseh. Kemenangan itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM1,500, piala dan sijil penyertaan. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Mohammad Saimi Mat Som kepada para pemenang.
Kelab TaHa
Kelab TaHa telah ditubuhkan pada 10 April 2008 sebagai salah satu inisiatif Tabung Haji (TH) untuk menggalakkan dan memupuk amalan menabung dalam kalangan pendeposit muda.
Kelab TaHa National STEM Innovation Challenge 2018
Bangi, 4 November 2018 - Kelab TaHa Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengadakan Program Kelab TaHa National STEM Innovation Challenge 2018 di Dewan Gemilang UKM, Bangi yang disempurnakan Majlis Penutup oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH.
Kempen Simpan, Daftar Dan Menang Kelab TaHa
Kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa (“Kempen”) dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (“TH”).