Korporat
KUMPULAN KE-3 JEMAAH NEGERI KEDAH BERLEPAS KE TANAH SUCI
Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Puan Temenggong, Yang Teramat Mulia Datin Seri DiRaja Puan Sri’ Dato’ Seri Tengku Maliha Binti Tengku Ariff, berkenan berangkat beramah mesra serta mengucapkan selamat jalan kepada 279 orang kumpulan ke-3 Jemaah Haji dari negeri Kedah di TH Hotel dan Pusat Konveksyen Alor Setar, Kedah.
KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI DARI TANAH SUCI TIBA DI KLIA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari Tanah Suci bagi Musim Haji 1437H/2016M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Turut hadir menyambut ketibaan para jemaah haji tersebut ialah YBhg Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH serta barisan Pengurusan TH.