Bangi, 4 November 2018 - Kelab TaHa Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini mengadakan Program Kelab TaHa National STEM Innovation Challenge 2018 di Dewan Gemilang UKM, Bangi yang disempurnakan Majlis Penutup oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH.
STEM Innovation Challenge 2018_ merupakan satu program intervensi pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) ahli Kelab TaHa. Program ini untuk memupuk minat dan kesedaran serta menjadikan pelajar-pelajar menjadi lebih inovatif, kreatif dan kompetitif dalam bidang STEM untuk bersaing dalam ekonomi abad ke-21.
Turut hadir adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah Timb. Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin Dekan Fakulti Pendidikan UKM, Yang Dihormati Prof. Madya Dr. Mohd Sattar Rasul Pengerusi Pusat Kebudayaan STEM Fakulti Pendidikan UKM, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pelanggan TH dan anggota TH yang terlibat dalam Program Kelab TaHa National STEM Innovation Challenge 2018.
Sebanyak 125 buah sekolah menengah dari seluruh negara mewakili zon utara, selatan, timur, selatan dan Sabah fan Serawak telah mempertandingkan Projek Bandar Pintar (Smart City), Projek Go Green, STEM Challenge dan 3-Minute Pitching bermula dari 2 hingga 4 November 2018.