Korporat
LAWATAN PENGURUSAN TH KE BERNAMA
YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah mengetuai rombongan Pengurusan Tertinggi Tabung Haji melawat BERNAMA. Rombongan berkenaan telah diberikan penerangan oleh YBhg. Datuk Hasnul Hassan, Pengurus Besar BERNAMA dan kemudiannya dibawa melawat ke bilik berita dan bilik radio.
LAWATAN PENGURUSAN TH KE KUMPULAN UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD
Pihak Pengurusan TH mengadakan lawatan ke Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. Lawatan diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin selain bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan dan manfaat bersama.
LAWATAN PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM DARI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH SELATAN
Seramai 41 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang sedang mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara kampus Wilayah Selatan, Kluang, Johor telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Tabung Haji. Rombongan berkenaan telah diberikan taklimat mengenai pengurusan sumber manusia dan organisasi Tabung Haji oleh Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi; Haji Zainal Abidin Omar, Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti serta Hajah Zurita Ahmad Raffie, Pengurus Perjawatan dan Pembangunan Organisasi.
LAWATAN PESERTA KURSUS INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah menganjurkan kursus Pengurusan Pusat Data (Data Centre) Pengalaman Agensi Kerajaan dan Swasta dengan mengadakan lawatan kerja ke agensi terpilih. Rombongan berkenaan telah memilih Tabung Haji sebagai destinasi lawatan kerja. Taklimat ringkas dan sesi soal jawab telah diberikan oleh Jabatan IT kepada 35 orang peserta kursus berkenaan.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA THE GLOBAL UNIVERSITY OF ISLAMIC FINANCE
Seramai 55 pelajar dari Kursus Kewangan dan Perbankan Islam, The Global University of Islamic Finance (INCEIF) melawat Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) awal hari ini.
Lawatan mereka adalah untuk mempelajari lebih mendalam tentang cara pengurusan Haji, Deposit dan Pelaburan TH.
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK (SCSB), SAUDI ARABIA
Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch 1 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Rombongan ini telah diberikan taklimat mengenai Simpanan & Pengeluaran oleh Hajah Zaiton Mohd Yusoff.
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK, KINGDOM OF SAUDI ARABIA BATCH KE-2
Kakitangan Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch ke-2 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji. Taklimat telah diberikan oleh Hajah Zaiton Mohd Yusof, Bahagian Simpanan & Pengeluaran dan turut disertai wakil Jabatan Haji dan Jabatan Pelaburan.
Lebih 1,000 Anggota Kumpulan TH Jayakan Program Membudayakan Al-Quran Sepanjang Ramadan #QuranHour
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan TH World #QuranHour dalam usahanya meneruskan tradisi meningkatkan syiar Islam dan memberi tumpuan terhadap pelbagai aktiviti membudayakan Al-Quran di ibu pejabat, cawangan dan anak-anak syarikat; BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, TH Properties, TH Hotels & Residences, TH Travel & Services, TH Plantations Berhad dan Theta Edge - di Surau Menara TH Tun Razak.