Korporat
Khamis, 20 November 2014
Seramai 55 pelajar dari Kursus Kewangan dan Perbankan Islam, The Global University of Islamic Finance (INCEIF) melawat Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) awal hari ini.
Lawatan mereka adalah untuk mempelajari lebih mendalam tentang cara pengurusan Haji, Deposit dan Pelaburan TH.
Lawatan yang diketuai oleh Tuan Haji Zainal Abidin Mohd Tahir, Timbalan Dekan di Jabatan Pengajian Profesional INCEIF ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Nurrinanuar Shamsuddin, Pengurus Besar di Jabatan Haji dan juga Tuan Haji Azman Elmiza Ahmad, Pengurus Kanan Perancangan Strategik di Jabatan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan.