Korporat
Kunjungan Hormat Delegasi Dari Negara Senegal Ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR Khamis, 27 Februari - Tabung Haji ( TH ) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi dari Senegal yang diketuai oleh Mr Muhamadou Lamine Mbacke sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan 'African Institute of Islamic Finance (AIIF)' dan disertai oleh Mr Amadoe Bamba dan Dr. Shazelina Zainul Abidin, Duta Malaysia di Senegal.
Kunjungan Hormat Ketua Perangkawan Malaysia Ke Lembaga Tabung Haji
KUALA LUMPUR Khamis, 6 Februari - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia beserta barisan pengurusan jabatan dan disambut oleh YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Objektif lawatan ini adalah untuk menbincangkan kerjasama strategik antara TH bersama Jabatan Perangkaan Malaysia di dalam merealisasikan program Bancian 2020 Malaysia pada 7 Julai 2020.
Kunjungan Hormat YBTM JPM ke Tabung Haji
KUALA LUMPUR, 7 Mac 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.
YB Senator Dr. Zulkifli Hassan telah disambut oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi TH bersama barisan Pengurusan Kanan TH yang kemudiannya memberi laporan terkini berkaitan operasi TH. Beliau turut dibawa meninjau sekitar kaunter TH Cawangan Jalan Tun Razak dan beramah mesra dengan para pendeposit.
Kunjungan Kerja Delegasi Republik Chechen ke Tabung Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan kerja daripada delegasi Chechen Republik diketuai oleh Encik Sayed-Magomed Dzhabrailov, Ketua, SberBank Republik Chechen. Delegasi telah disambut oleh Puan Hajah Rifina Md Arif, Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan. Mereka kemudiannya diberikan penerangan tentang latarbelakang dan aktiviti TH, terutama berkenaan pasaran modal Islam (SUKUK).
TH turut diwakili oleh Tuan Haji Hamdan Rasid, Ketua Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan Tuan Haji Nurinanuwar Shamsuddin, Pengurus Besar Pengurusan Haji.
KUNJUNGAN MUHIBBAH IMAM MASJID NABAWI KE TABUNG HAJI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Fadilatul Al-Syaikh Solah bin Muhammad Al-Badir, Imam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.
Lawatan ini adalah lawatan sulung beliau ke TH, dan beliau telah disambut oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Kunjungan tersebut disifatkan oleh Dato' Paduka Ismee sebagai platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kedua-dua belah pihak.
KUNJUNGAN PARTI NIGERIAN POUR LA DEMOCRATIC ET LE SOCIALISME
Parti Parti Nigerian Pour Le Democratic Et Le Socialisme telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji Malaysia. Delegasi seramai 8 orang itu diketuai Mr. Mohamed Bazoum, President of Nigerian Party for Democracy & Socialisme & Minister of State , Minister of Foreign Affairs, operations, African Integration and Nigerians Abroad disambut oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
KURSUS PENGUKUHAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI
YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan kursus pengukuhan pembimbing ibadat haji di Tanah Suci. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
KURSUS PERDANA HAJI
Kursus Haji Perdana 1431H/2010 peringkat Kebangsaan telah berlangsung pada hujung minggu pertama dan kedua September bertempat di setiap negeri. Kursus ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pembesar-pembesar negeri di setiap negeri. Seramai 28,000 orang bakal - bakal jemaah haji mengikuti kursus ini yang diadakan secara teori dan praktikal. Semasa kursus dijalankan setiap peserta di wajibkan berpakaian ihram sepanjang aktiviti untuk menjalani praktikal Tawaf, Sa'ei dan melontar Jamrah.