Korporat
Jumaat, 31 Julai 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M bagi semua negeri di seluruh negara secara berperingkat bermula pada 31 Julai sehingga 16 Ogos 2015.
Kursus Perdana Haji Musim 1436H/2015M Peringkat Negeri Terengganu dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, bertempat di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, di sini. Kursus ini berlangsung selama dua (2) hari bermula hari ini sehingga Sabtu, 1 Ogos 2015. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Adi Azuan bin Abd Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH.