25 Rumah Kebajikan & Persatuan Terpilih Seluruh Negara Terima Van Serbaguna Sumbangan TH
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyumbang sebanyak 25 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM2.3 juta kepada rumah kebajikan dan persatuan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana di Menara TH Tun Razak, hari ini.