Korporat
Isnin, 16 November 2020
KOTA KINABALU, 16 November 2020 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengagihkan Pek Makanan Covid-19 Sabah kepada Petugas Barisan Hadapan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Kota Kinabalu.
Sebanyak 200 pek makanan sehari yang diagihkan selama 14 hari bermula 16 sehingga 29 November 2020. Serahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah TH Sabah, Datin Nurlaila Said kepada Pengarah Hospital, Dr Marcus Netto.
TH berharap agar bantuan ini dapat memberi manfaat dan juga dorongan kepada para petugas dalam menghadapi krisis Covid-19 yang sangat mencabar pada masa ini.