Simpanan
TH Umum Agihan Keuntungan RM2.92 Bilion (3.25%) Setelah Zakat Dilunaskan, Manfaatkan 9.54 Juta Pendeposit
KUALA LUMPUR, 21 MAC 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH), institusi pengurusan ibadat haji jemaah Malaysia, mengumumkan Agihan Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 pada kadar 3.25 peratus melibatkan jumlah sebanyak RM2.92 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH. Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus (RM99.35 juta).
Agihan keuntungan TH Ini menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan selama 61 tahun sebanyak RM45.79 bilion sehingga kini.
THiJARI Biz (Caruman Potongan Gaji)

THiJARI Biz adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan melaksanakan caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.