Wakalah
Terma & Syarat Wakalah
- Syarat menjadi ahli
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Jenis Akaun
- Akaun Dewasa
- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga
- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun.
- Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.
- Akaun Dewasa
- Wakalah
- Pendeposit melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wangnya dalam akaun TH tanpa terikat dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
- Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun TH selaras dengan Akta TH dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran), sebarang pindaan serta prosedur yang telah ditetapkan di TH.
-
Pendeposit menerima agihan keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan-keperluan berkaitan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
Soalan Lazim
Soalan-soalan lazim berkaitan akuan TH berkonsepkan Wakalah (bermula pada 31 Disember 2019).
|
SOALAN |
JAWAPAN |
---|---|---|
1 |
Apakah maksud Wakalah? |
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. |
2 |
Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan manakala Wakalah sebagai pelaburan? |
Konsep WadiahYad Dhamanah dan Wakalah boleh digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan. |
3 |
Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH diubah kepada Wakalah? |
Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati. |
4 |
Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada masa ini? |
TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan. |
5 |
Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH? |
Ya. |
Siaran Akhbar
Pautan kepada siaran akhbar bertajuk "Akaun Wakalah TH Memberi Lebih Nilai Tambah Dan Manfaat Kepada Pendeposit".