Haji
Selasa, 24 Mei 2022
KELANA JAYA, 24 MEI 2022 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah memeterai perjanjian penerbangan carter haji bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) selama (3) tiga tahun untuk menyediakan operasi penerbangan carter haji bagi jemaah dari Malaysia.
Perkhidmataan penerbangan carter ini akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL Malaysia Airlines (AMAL).
Majlis menandatangani perjanjian penerbangan carter haji ini telah ditandatangani Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman manakala AMAL pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Muhammad Najmi Mansor bertempat di Akademi MAB.