KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan hadiah utama kereta Proton Ertiga 1.4 Executive Plus AT kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-61 bagi tahun 1439H/2018M.
Hadiah sumbangan TH itu diberikan kepada johan qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor (34 tahun) dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifli (29 tahun). Sumbangan ini merupakan salah satu daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH bagi penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang memasuki tahun ke-enam (6) sejak tahun 2013.
YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, sumbangan hadiah utama ini adalah sebagai menyokong usaha mengembangkan syiar Islam serta mengimarahkan lagi penganjuran majlis tilawah berkenaan.
TH juga berharap sumbangan ini dapat melahirkan lebih ramai bakat baharu bagi mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan mutu bacaan Al-Quran yang terbaik.
Kedua-dua qari dan qariah Malaysia turut diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 pada 712 Mei 2018 yang lalu.
-TAMAT-