TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BAGI TAHUN 2014 KEPADA NEGERI KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,977,165.86 bagi tahun 2014 kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah, dalam satu majlis di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.