Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu berjumlah RM3,300,636.83 di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Zakat Perniagaan TH Negeri Terengganu telah dipersembahkan oleh Tuan Haji Abdul Halim Md. Jamil, Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran TH kepada Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang telah berkenan untuk menerima persembahan zakat tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah YB. Dato' Bentara Luar Dato' Haji Omar Bin Pilus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, YBhg. Dato' Mohd Rozali Bin Saleh, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Tuan Haji Mokhzani Mukhtar, Pengarah TH Negeri Terengganu serta para pegawai TH.