Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak yang berjumlah RM2,923,240.01 di Dewan Auditorium Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Zakat Perniagaan TH Negeri Perak telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Majlis turut disaksikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak, YB. Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak, YBhg. Dato' Haji Mohd. Yusop bin Haji Husin, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Muhamad Hamdan Omar, Pengarah TH Perak, serta para pegawai TH.