Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang berjumlah RM2,446,132.65 di Istana Mahkota, Kuantan, Pahang.
Zakat Perniagaan TH Negeri Pahang telah dipersembahkan oleh YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH, kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah yang telah berkenan untuk menerima persembahan tersebut bagi pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Majlis turut disaksikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timbalan Yang Di Pertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Dato' Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan, Pusat Kutipan Zakat Pahang, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YBhg. Dato' Haji Abdul Rahman bin Osman, Tuan Haji Mohyen Mosman, Pengarah TH Pahang, serta para pegawai TH.