Soalan-soalan lazim berkaitan akaun TH berkonsepkan Wakalah (bermula pada 31 Disember 2019).
|
SOALAN |
JAWAPAN |
---|---|---|
1 |
Apakah maksud Wakalah? |
Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. |
2 |
Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan manakala Wakalah sebagai pelaburan? |
Konsep Wadiah Yad Dhamanah dan Wakalah boleh digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan. |
3 |
Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH diubah kepada Wakalah? |
Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati. |
4 |
Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada masa ini? |
TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan. |
5 |
Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH? |
Ya. |
6 |
Perlukah pendeposit melakukan lafaz/akad Wakalah? |
Tidak perlu. |
7 |
Adakah pendeposit sedia ada akan menerima nombor akaun yang baharu? |
Tidak. Nombor akaun anda akan kekal tanpa sebarang perubahan. |
8 |
Adakah pendeposit boleh membuat pengeluaran wang pada bila-bila masa? |
Ya. Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun mengikut peraturan yang ditetapkan. |
9 |
Adakah terdapat sebarang had simpanan atau pengeluaran wang dengan penggunaan Wakalah? |
Tidak bagi simpanan tetapi had pengeluaran Tunai masih tertakluk di bawah peraturan yang berkuatkuasa iaitu RM10,000.00. |
10 |
Bagi pendeposit baharu, adakah sebarang jumlah yang ditetapkan untuk simpanan di TH selepas diperkenalkan kontrak Wakalah ini? |
Jumlah minimum deposit ketika membuka akaun kekal sama sebanyak RM2.00 sahaja. |
11 |
Adakah pendeposit sedia ada perlu mengisi borang atau dokumen baharu? |
Tidak. |
12 |
Adakah pendeposit perlu hadir ke kaunter TH untuk mengemas kini kontrak/perjanjian akaun TH? |
Tidak. |
13 |
Bagi pendeposit sedia ada,apakah terdapat dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kontrak baharu ini? |
Tidak. |
14 |
Adakah akaun kanak-kanak yang di bawah jagaan juga akan menerima nombor akaun yang baharu? |
Tidak. |
15 |
Adakah akaun yang tidak aktif akan mendapat nombor akaun yang baharu dengan mengguna pakai kontrak Wakalah ini? |
Tidak. |
16 |
Bagaimana dengan akaun yang di bawah jagaan, adakah perlu sebarang pendaftaran/kemas kini dilakukan bagi mengikut kontrak Wakalah ini? |
Tidak. |
17 |
Adakah pendeposit yang telah menghubungkan akaun TH dengan akaun BIMB, Maybank, CIMB atau Bank Rakyat perlu membuat semula proses tersebut? |
Tidak. |
18 |
Adakah pendeposit yang telah membuat pendaftaran haji perlu membuat pendaftaran baharu? |
Tidak. |
19 |
Adakah akaun dorman akan mendapat nombor akaun yang baharu dengan mengguna pakai kontrak Wakalah ini? |
Ya. Pendeposit perlu membuka akaun baharu. |
20 |
Bagaimana dengan akaun dorman, adakah ianya perlu didaftar atau dikemas kini bagi membolehkan kontrak baharu ini diguna pakai? |
Ya. Pendeposit perlu membuka akaun baharu. |
21 |
Bagaimana pula dengan akaun kanak-kanak yang umur telah melepasi/melebih umur 18 tahun ke atas, adakah perlu didaftarkan atau dikemas kini untuk kontrak Wakalah? |
Tidak. Walau bagaimanapun, penjaga yang sah hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur 18 tahun. |
22 |
Adakah kontrak Wakalah akan diguna pakai secara terus bagi akaun yang tidak aktif? |
Ya. Bermula 31Disember 2019 semua akaun TH akan berdasarkan kontrak syariah Wakalah. |
23 |
Adakah pendeposit boleh membuat pilihan sama ada konsep Wakalah ataupun konsep Wadiah Yad Dhamanah? |
Bermula 31Disember 2019 semua akaun TH akan berdasarkan kontrak syariah Wakalah. |
24 |
Adakah pendeposit boleh membuat penamaan? |
Ya. Pendeposit boleh membuat penamaan dan pembahagian masih tertakluk pada Hukum Syarak. |
25 |
Adakah akaun simpanan pendeposit masih dijamin 100% oleh Kerajaan apabila bertukarnya konsep kepada Wakalah? |
Ya. Wang pendeposit masih dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagaimana peruntukan dalam Akta Tabung Haji 1995. |
26 |
Adakah wang pendeposit TH selamat dengan memperkenalkan kontrak baharu ini? |
Ya. Wang pendeposit masih dijamin oleh Kerajaan Malaysia sebagaimana peruntukan dalam Akta Tabung Haji 1995. |
27 |
Adakah pendeposit perlu membayar zakat simpanan dengan pelaksanaan kontrak Wakalah,? |
Tidak. Ini adalah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Syariah TH kerana TH telah membayar zakat bagi pihak pendeposit. |
28 |
Apakah ciri-ciri utama Wakalah yang membezakannya dengan Wadiah Yad Dhamanah? |
Bagi Wakalah, pendeposit merupakan prinsipal yang mewakilkan TH untuk mengurus dana dan urusan haji Pendeposit selaras dengan Akta Tabung Haji 1995. Bagi Wadiah Yad Dhamanah, pendeposit menyimpan wang ke akaun TH dan membenarkan TH menggunakan wang tersebut termasuk urusan haji selaras dengan Akta Tabung Haji 1995. |
29 |
Apakah kelebihan Wakalah berbanding Wadiah Yad Dhamanah? |
Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati. |
30 |
Apakah terma dan syarat bagi akaun TH berdasarkan Wakalah? |
Terma dan syarat baharu boleh dirujuk di pautan www.tabunghaji.gov.my/wakalah |
31 |
Adakah dengan pertukaran kontrak Wakalah ini, TH seolah-olah bertukar daripada instrumen simpanan kepada pelaburan? Tidakkah ia bercanggah denga matlamat asal penubuhan TH ? |
Tidak. Wakalah telah banyak digunapakai oleh institusi kewangan Islam dan institusi tabungan bukan bank serta tidak bercanggah dengan matlamat asal TH. |
32 |
Adakah Pendeposit akan menanggung sebarang kos/bayaran apabila bertukar kepada Wakalah? |
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana, sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit. |
33 |
Adakah pendeposit akan menanggung sebarang kos atau bayaran apabila bertukar konsep? |
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana, sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit. |
34 |
Adakah keuntungan (hibah) yang diterima dahulu berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah mengambil kira kos pengurusan TH, kos Haji dan Zakat? |
Ya. Kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana, sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit. |
35 |
Bagaimana agihan pulangan keuntungan kepada pendeposit mengikut kontrak Wakalah ini? |
Ya. Sama seperti konsep Wadiah Yad Dhamanah sebelum ini, kos tersebut akan ditolak daripada keuntungan yang dijana, sebelum keuntungan tersebut diagihkan kepada pendeposit. |
36 |
Setelah pertukaran konsep Wakalah, adakah simpanan pendeposit akan terkesan sekiranya pelaburan yang dilakukan oleh TH mengalami kerugian? |
Keuntungan yang diagihkan adalah berdasarkan prestasi kewangan TH. |
37 |
Adakah hibah/dividen/bonus tahunan akan lebih tinggi dengan mengguna pakai kontrak Wakalah? |
Keuntungan yang diagihkan adalah berdasarkan prestasi kewangan TH. |
38 |
Adakah TH akan telus atau memaklumkan mengenai perincian pelaburan yang dibuat kepada pendeposit? |
Ya. Bermula 2018 prestasi kewangan TH dimaklumkan kepada awam pada setiap suku tahunan. |
39 |
Adakah simpanan TH mempunyai sebarang tempoh matang? |
Tidak. |
40 |
Apakah pelaburan yang TH akan lakukan dengan dana pendeposit mengikut kontrak baharu ini? |
TH melaburkan dana kepada aset-aset dan aktiviti pelaburan patuh Syariah berdasarkan peruntukan aset strategik yang ditentukan pengurusan TH. |
41 |
Adakah dengan memperkenalkan kontrak baharu ini, TH akan lebih bergiat aktif/berdaya saing dalam pelaburan yang mendatang? |
TH sentiasa berusaha menjalankan pelaburan dan operasi ke arah pertumbuhan yang mampan. |
42 |
Bagaimana dengan keuntungan (hibah-tahunan atau haji/dividen/bonus) yang diperolehi dahulu melalui konsep Wadiah Yad Dhamanah, adakah ia perlu dipulangkan? |
Tidak perlu. |
43 |
Adakah kontrak dahulu iaitu Wadiah Yad Dhamanah tidak mengikut syarak/tidak patuh syariah? |
Tidak. Kontrak terdahulu mematuhi keperluan Syarak. |